fbpx

Jauh lagi perjalanan Aina Abdul jadi penyanyi nombor 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan peminat Aina Abdul mendesak agar gelaran penyanyi nombor satu digugurkan daripada diri penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza.

SEJAK kebelakangan ini, Mizz Lahar ternampak ulasan penyanyi Misha Omar mengenai ketaksuban peminat rakan seperjuangannya, Aina Abdul berkenaan gelaran ‘penyanyi nombor satu negara’.

Pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu dikatakan menegur kelompok peminat supaya jangan berbalah atau mempersoalkan mengenai kedudukan artis kegemaran mereka.

Akuinya yang terbabit dalam arena seni suara sejak tahun 2002 itu, pertikaian sedemikian hakikatnya boleh mencetuskan perasaan kurang senang artis itu sendiri.

Mizz Lahar pun sokong pendapat Misha sebab industri muzik tempatan kita sangat kecil dan pusing-pusing tetap jumpa orang yang sama.

Selebriti ‘cool’ sahaja bekerja cari rezeki dan berkongsi bakat. Jangan nanti kerana nafsu serta fikiran jumud peminat, melingkup pula artis pujaan.

Tidak ke itu namanya menganiaya artis yang mereka sayang? Janganlah melebih-lebih.

Mizz Lahar: Pelik tengok peminat artis yang sanggup kutuk selebriti lain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI