fbpx

Wang tunai berjumlah RM23,350 hadiah kaki pancing pertandingan Jom Ngail Keli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faizal (dua dari kiri) turut mempromosikan pertandingan memancing Jom Ngail Keli di Port Dickson baru-baru ini.

PETALING JAYA – Hadiah wang tunai dengan keseluruhan berjumlah RM23,350 menanti ‘kaki pancing’ menerusi pertandingan Jom Ngail Keli di Kolam Patin Desa PD, Rantau di Negeri Sembilan pada Ahad ini.

Pertandingan tersebut yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari menawarkan hadiah juara RM10,000, naib juara RM2,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM1,000.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi Dan Digital, Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, beliau menyokong usaha penganjur Kolam Patin Desa PD sebagai aktiviti sihat dan riadah keluarga, selain merapatkan hubungan sesama pemancing serta merancakkan ekonomi setempat terutamanya kawasan Linggi dan Port Dickson.

“Hadiah wang tunai juara akan menerima sebanyak RM10,000 sangat lumayan dengan masa pertandingan hanya empat jam sahaja.

“Keluasan kolam yang akan digunakan boleh menampung sekitar diantara 600 hingga 900 peserta pastinya kemeriahan akan dirasai dengan kategori spesies keli dipertandingkan sebagai hadiah utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru, beliau mengalu-alukan ‘kaki pancing’ sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan terutamanya kawasan yang berdekat seperti Port Dickson, Linggi, Seremban, Senawang dan Rembau supaya tidak melepaskan peluang tersebut.

Pengurus kolam, Muhammad Hafiz Sheikh Taufik berkata, Kolam Desa Patin PD menjadi pilihan kerana keunikannya selain mempunyai lebih 14 pelbagai spesies ikan termasuk tilapia merah dan hitam, lampam, rohu, jelawat, lee koh, tongsan sisik kasar dan halus, pacu, haruan, patin biasa dan mekong, baung serta keli seberat tiga hingga enam kilogram.

Katanya, selain hadiah juara, naib juara dan tempat ketiga, hadiah wang tunai turut ditawarkan melibatkan tempat keempat (RM400), kelima hingga ke-10 (RM200), ke-11 hingga ke-20 (RM150) serta ke-21 hingga ke-70 (RM120).

“Yuran penyertaan ialah RM80 setiap joran dan sementara 500 peserta terawal akan mendapat baju-T percuma.

“Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia pada Sabtu ini di lokasi pertandingan mulai pukul 3 petang hingga 7 malam dan keesokannya kaunter dibuka dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi,” ujarnya.

Peserta juga boleh juga membuat bayaran secara dalam talian yang mana sebanyak 300 helai baju-T disediakan bagi mereka yang mendaftar awal.

Orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 012-370 1717, 012-349 4894, 013-266 1077, 012-355 4946 atau 012-284 6811 serta melayari laman sosial facebook.com/jorankl. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI