fbpx

Ramai pekerja enggan lapor isu kesihatan mental, bimbang dipanggil ‘orang gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (dua kiri) dan Dr. Zaliha (tengah) melakukan gimik pelancaran Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di NIOSH tadi. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

BANGI – Kementerian Sumber Manusia (KSM) melahirkan kebimbangan apabila tidak ramai pekerja di negara ini tampil melaporkan isu kesihatan mental ekoran bimbang dengan stigma dipanggil sebagai orang gila.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, pada masa sama, hanya satu kes psikososial dilaporkan di seluruh negara tahun lalu berdasarkan Statistik Penyakit Pekerjaan Negara 2022.

“Saya terkejut tetapi realitinya banyak kes tidak dilaporkan atas pelbagai sebab terutama bimbang stigma dipanggil sebagai orang gila.

“Jadi, KSM tetap mengambil serius isu berkenaan yang lazim berlaku di tempat kerja meskipun cuma ada satu kes direkodkan tahun lepas.

“Justeru, kita akan mewujudkan polisi lebih jelas berkaitan isu kesihatan mental di bawah Dasar Sumber Manusia Negara yang akan diperkenalkan tidak lama lagi,” katanya pada Majlis Perasmian Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini tadi.

Katanya, dasar itu akan melibatkan semua pemegang taruh termasuk badan bukan kerajaan kerana ia boleh menyumbang kepada tahap produktiviti pekerja sendiri.

“Banyak kajian pakar mendedahkan bahawa isu kesihatan mental boleh menjejaskan kualiti pekerjaan apabila ada pekerja enggan hadir atau tiada minat bekerja.

“Meskipun banyak program kesedaran dilaksanakan oleh majikan, kes tekanan psikososial sebenarnya masih tinggi kerana kurang usaha intervensi peringkat awal.

“Justeru, demi mengatasi cabaran sebegini, NIOSH ada beberapa skim inisiatif termasuk Program Bantuan Pekerja bagi bantu mengenal pasti masalah kesihatan mental,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI