fbpx

RM135,000 bidaan tertinggi jam Rolex Dr. Zulkifli untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli ketika mengadakan pertemuan bersama Raja Salman (kiri) dan jam Rolex yang dihadiahkan kepada beliau pada tahun 2017.

PETALING JAYA – Jam Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dibuka bidaannya untuk sumbangan membantu rakyat Palestin mendapat bidaan tertinggi berjumlah RM135,000.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi hantaran Facebook terkini berhubung bidaan jam Rolex miliknya yang juga pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada 2017.

“Bidaan jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida. Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya.

“Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM135,000. Insya-Allah, saya akan bertemu pemenangnya petang ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Zulkifli membuka ruang bidaan melibatkan jam Rolex miliknya bermula RM40,000.

Beliau dipetik berkata, hasil bidaan itu akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI