fbpx

Trafik sesak, hujan lebat di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan trafik di sekitar ibu kota dilaporkan sesak berikutan hujan lebat hampir satu jam pada petang ini.

Menerusi laporan trafik di X @KLCC_DBKL, beberapa jalan utama di sekitar ibu kota mula sesak bermula pukul 6 petang tadi.

“Di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), trafik dilaporkan sangat perlahan dari Ukay Perdana ke Ampang sementara keadaan sama juga dilaporkan sesak dari Ampang ke Ukay Perdana.

“Selain itu, trafik sesak dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak,” katanya.

Sementara itu di Lebuh Raya Kuala Lumpur Seremban, trafik dilaporkan sangat perlahan dari Plaza Perabot ke TUDM.

“Trafik juga sesak dari Tol Sg Besi ke Petronas dan Shell TPM.

“Keadaan sama juga dilaporkan sesak di Jalan Tun Razak iaitu dari RHB ke Kedutaan Amerika Syarikat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI