fbpx

Bintang olahraga dedah hampir bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKY pernah terlintas untuk berhenti daripada sukan olahraga kerana tidak dapat memberikan fokus 100 peratus kepada acara baling tukul besi. - ASIAN ATHLETICS ASSOCIATION

JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer meluahkan keinginannya untuk berehat seketika tahun depan supaya dapat kembali lebih ‘segar’ menghadapi kejohanan penting pada 2025.

Jackie, 31, mahu muhasabah diri kerana kecewa dengan ke­seluruhan prestasinya pada 2023 terutama di Sukan Asia Hangzhou, China bulan lalu dengan hanya membuat 62.79 meter (m) yang mana ia adalah catatan terburuknya tahun ini.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 68.22m itu mendedahkan, pernah terlintas untuk berhenti daripada sukan olahraga kerana tidak dapat memberikan fokus 100 peratus kepada acaranya.

“Saya tak berpuas hati tahun ini terutama Sukan Asia memang banyak turun. Memang ada sikit terganggu bila tukul besi terkena kepala sebelum ini tetapi saya tak rasa ia sebagai punca utama prestasi saya merosot.

“Mungkin ada gangguan luar buatkan saya tak boleh fokus. Umur saya makin lanjut pun satu faktor juga. Saya pernah ada pe­rasaan itu (nak berhenti), macam-macam saya fikir menyebabkan tak boleh fokus 100 peratus kepada olahraga,” katanya.

Jaguh olahraga dari Sarikei, Sarawak itu bukan seorang yang cepat mengibarkan bendera putih, sebaliknya akan berjuang habis-habisan untuk kembali ke tahap terbaiknya selepas ini.

“Memang pernah terfikir tetapi saya akan teruskan kerana negara masih memerlukan saya. Kalau prestasi saya tak naik-naik, asyik turun saja, jadi saya rasa tiada makna saya ada lama-lama lagi.

“Saya perlukan rehat sebab terlalu lama ceburi sukan ini sejak dari umur 15 tahun lagi. Mungkin selepas saya buat kemunculan semula nanti saya akan lebih fresh,” jelas Jackie.

Hasrat Jackie mahu berehat tahun depan lebih kepada tidak menyertai kejohanan antarbangsa, sebaliknya fokus sepenuhnya kepada fasa conditioning dan memperbaiki teknik-teknik supaya kembali ke dirinya yang sebenar.

Antara pentas besar akan berlangsung pada 2025 adalah Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea Selatan; Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun dan Sukan SEA di Bangkok, Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN