fbpx

Lif rumah inap rosak, tiga warga emas diusung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN APM membuat persiapan untuk membawa turun warga emas menggunakan tangga selepas lif di sebuah pangsapuri di Klebang, Melaka, mengalami kerosakan.

MELAKA – Percutian tiga warga emas yang bermalam di sebuah rumah inap di pangsapuri di Klebang dekat sini berakhir peristiwa tidak terduga apabila terpaksa diusung sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ekoran lif kediaman itu rosak, kelmarin.

Pegawai Operasi Pejabat Daerah APM (PDPA) Melaka Tengah, Leftenan (PA) Mohd. Kamil Hassan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5 petang dan sepasukan 13 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi pasukan mendapati tiga warga emas iaitu seorang lelaki OKU (kudung kaki) berusia 68 tahun, isterinya, 73 tahun dan mentua berusia 80 tahun terkandas bersama ahli keluarga yang lain di sebuah rumah inap di tingkat 18.

“Pasukan menggunakan teknik menyelimut dan mengikat untuk membawa turun mangsa melalui tangga sehingga ke tempat parkir di tingkat lima,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, pihaknya turut difahamkan dua mangsa wanita terbabit menghidap penyakit jantung dan asma kronik.

“Mereka datang bersama keluarga dari Batu Pahat, Johor ke negeri ini untuk bercuti dan sempena program larian di Stadium Hang Jebat.

“Keluarga itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan APM kerana mereka perlu mendaftar keluar daripada rumah inap tersebut dan pulang ke Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI