Aktres Raline Shah kini menjadi topik perbincangan berikutan luahan pandangannya mengenai perang Palestin – Israel apabila mengatakan tidak menyebelahi kepada mana-mana, kecuali kemanusiaan.
Namun reaksi neutral itu dikecam netizen kerana berasakan penghibur tersohor sepertinya wajar menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.
Orang ramai semakin geram apabila pelakon filem 5 cm itu memberi alasan dirinya tidak punya pengaruh besar yang tidak mungkin mampu memberi perubahan terhadap konflik tersebut.
“Apa baiknya saya menunjukkan pihak mana yang saya bela? Bakal ada lebih banyak kebencian. Kamu fikir wanita seperti saya dapat membantu sekadar dari hantaran Instagram?
“Dengan menyatakan siapa yang aku bela? Aku memihak kepada manusia,” ungkapnya dalam perkongsian dalam laman sosial baru-baru ini.
Sudah tentu netizen yang kesal dengan kenyataan sedemikian menyelarnya sebagai individu popular yang enggan menggunakan pengaruh untuk menolong saudara seagama di Gaza.
Sedangkan andai menyemak jumlah pengikut, ‘followers’ aktres yang turut menempa nama di Malaysia itu sudah ini sudah mencecah 10 juta orang.