fbpx

Hafidz Roshdi enggan dedah jumlah bayaran nafkah isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz enggan mendedahkan jumlah bayaran nafkah buat isteri dan dua anaknya.

SHAH ALAM – Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dirinya culas membayar nafkah buat dua anaknya, Umar dan Humairah seperti yang didakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada baru-baru ini.

Menurut Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, hal berkaitan pembayaran nafkah anak-anak adalah satu perkara yang tidak seharusnya dikongsi kepada umum.

“Saya tak mahu komen mengenai hal itu.

“Namun, saya memang ada beri nafkah. Tidak pernah terlepas bayar nafkah dia anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu bagaimanapun enggan berkongsi secara terbuka mengenai jumlah bayaran yang diberikan kepada Shuhada.

“Isu nafkah ini adalah hal privasi antara saya dengan dia.

“Berapa jumlah itu hanyalah antara saya dengan dia,” ujarnya.

Sebelum ini, Shuhada pernah mendedahkan aktor itu culas membayar nafkah dan hanya memberi RM100 untuk setiap anak sebulan.

Malah ibu bapa Shuhada turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI