KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memohon seramai enam penumpang yang menaiki perkhidmatan kereta api Ekspress Timuran dari Johor Bharu ke Tumpat pada 10 November lalu supaya tampil untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dengan segera.
Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, tindakan itu perlu dijalankan segera selepas salah seorang penumpang Ekspres Timuran disahkan positif Covid-19.
“Kerjasama ini penting dalam usaha kita memutuskan rantaian pandemik Covid-19,” katanya.
Difahamkan, individu yang duduk di koc T6 yang memegang tiket T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880 dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 . -K! ONLINE