fbpx

K2

Tabur pasir salah satu cabang seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan seni animasi pasir biasanya memerlukan penggunaan satu skrin besar untuk tontonan khalayak.

SEBAGAI salah seorang pelukis tempatan, Bernice Wong, 38 berkata, seni lukisan berasaskan pasir mempunyai jalan cerita yang tersendiri bertujuan menghiburkan penonton.

Ujarnya, pelukis akan melukis atau ‘mencorak’ lukisan menerusi taburan pasir dan kemudian dengan kepantasan tangan memadam atau menyerak pasir bagi menghasilkan babak demi babak.

“Pelukis animasi pasir bukan sahaja perlu mempunyai bakat melukis, bahkana perlu memastikan perjalanan cerita sampai kepada penonton,” katanya.

Bakat menghasilkan karya seni pasir yang dimiliki Bernice yang merupakan anak kelahiran Ipoh, Perak itu cukup mengagumkan.

Malah, dia juga belajar melukis dengan menggunakan pasir sendiri dan tidak pernah mengambil mana-mana kelas khas. Begitupun, dia sememangnya mempunyai bakat dan minat melukis sejak kecil.

Mengimbau kembali, Bernice berkata, dia pertama kali membuat persembahan animasi pasir di pusat beli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada tahun 2013.

“Ketika itu, saya berasa amat gementar kerana buat pertama kalinya ia disaksikan 1,000 penonton,” katanya.

Sejak itu, Bernice terlibat dalam pelbagai persembahan lain antaranya persembahan pasir bagi Anugerah Skrin 2018 dan juga persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya.

Berita penuh sila layari: https://www.kosmo.com.my/2023/10/31/cantik-animasi-indah-hasil-ketangkasan-tangan-menabur-menyerak-pasir/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI