fbpx

Sikap pemandu Malaysia punca 90 peratus kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JITRA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kira-kira 90 peratus kemalangan jalan raya di negara ini berpunca daripada sikap acuh tak acuh pemandu dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu mampu mengundang kepada risiko kemalangan seterusnya mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Sikap dan perbuatan mereka ini (pengguna) sebenarnya yang menjadi punca berlaku kemalangan jalan raya, selain menyebabkan tindakan penguatkuasaan terpaksa dijalankan secara berterusan,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Patuh Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra, di sini malam tadi.

Kata beliau, trend kesedaran dan tahap pematuhan peraturan yang rendah dalam kalangan pengguna juga boleh dilihat sepanjang pelaksanaan Ops Patuh Khas selama sebulan sejak 1 Oktober lalu.

“Berdasarkan pemerhatian dan analisis awal data hasil pemeriksaan dan audit sepanjang operasi itu, kita dapati tahap pematuhan pengguna terutama pemandu kenderaan komersial terhadap akta berkaitan masih rendah.

“Akta tersebut adalah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715),” ujarnya.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, pihaknya memeriksa dan mengaudit 321,263 kenderaan dan sebanyak 73,296 notis dikeluarkan kepada pihak syarikat, pemilik dan pemandu atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI