fbpx

Dewan Rakyat: Jangan bina mahligai politik atas pusara rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau tidak mahu terlibat dalam wacana yang sia-sia semasa Malaysia sedang berusaha sedaya upaya membantu rakyat Palestin yang sedang berdepan keganasan rejim Zionis.

Menurut Perdana Menteri, kezaliman yang sedang dialami rakyat Palestin usah dipolitikkan oleh mana-mana pihak dalam negara kerana ia bukan sesuatu yang boleh dipermainkan untuk mendapat kepentingan politik.

“Saya menegaskan pendirian saya dalam ini yang telah meragut banyak nyawa dan kanak-kanak. Oleh demikian saya tidak mahu terlibat dalam wacana yang sia-sia.

“Sebab itu saya kata tidak usah dipolitikkan. Masing-masing ada pendirian. Mungkin ada sedikit perbezaan kecil tentang cara tindakan.

“Seperti yang pernah disebut dalam leluhur bangsa Melayu jangan kita mahu bina mahligai atas pusara orang derita banyak terkorban. Jangan kita mahu gunakan ini sebagai mahligai politik atas pusara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai sikap pihak yang sinis terhadap apa dilakukan Perdana Menteri dalam isu Palestin seolah-olah sesuatu yang lucu dan untuk menampilkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI