fbpx

Sekolah larang murid, guru laung takbir, kibar bendera Palestin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp dari seorang kenalan memberitahu terdapat sebuah sekolah yang dihadirinya baru-baru ini melarang warga sekolah melakukan tiga perkara termasuklah laungan takbir.

Individu tersebut meluahkan rasa kecewa apabila atur cara program Minggu Solidariti Palestin di sekolah berkenaan ditukar pada saat akhir sehingga mengejutkan ramai pihak.

“Yang menjadi persoalan dan menghampakan, apabila saya diberitahu, tentatif terpaksa diubah sedikit mengikut kesesuaian arahan.

“Ingin saya menarik perhatian berkenaan limitasi (atau larangan) yang diberikan untuk acara tersebut. Pertama tidak dibenarkan membuat laungan takbir, kedua tidak dibenarkan doa seperti
Qunut Nazilah dan terakhir tidak dibenarkan membawa bendera (ini saya kurang pasti, samada bendera Palestin atau Israel).

“Saya kurang pasti adakah larangan atau limitasi ini terdapat dalam pekeliling rasmi atau bertulis,” soal individu tersebut kepada Cikgu Fadli.

Sementara itu, menerusi semakan Kosmo! terhadap garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hanya penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi sahaja dilarang bawa atau guna sepanjang Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli turut mepersoalkan pengurusan sekolah terbabit apabila bertindak di luar garus panduan yang telah ditetapkan.

“KPM dah keluarkan garis panduan. Dalam garis panduan KPM tiada pun larangan takbir, qunut dan bendera.

“Tak akan baca qunut dan kibar bendera pun dianggap aktiviti berbentuk ekstremisme?,” soalnya pada ruangan komen.

Sementara itu, seorang guru, Rosnah Ramli, mendakwa di sekolahnya turut melarang warga sekolah memakai pakaian memaparkan gambar bendera Palestin ketika acara solidariti berlangsung.

“Guru pakai baju Palestin pun disuruh tukar cikgu. Tak dibenarkan.

“Cuma ada baju gambar bendera sahaja. Harap KPM beri garis panduan sebetulnya la untuk minggu ni tanpa ada diskriminasi,” ujarnya.

Selain itu, ramai ibu bapa turut meninggalkan komen memaklumkan anak-anak mereka juga dilarang mengibar bendera Palestin di sekolah serta tidak dibenarkan memakai ikatan kain mafela di kepala.

“Saya dah siapkan anak saya dengan ikat kain mafela di kepalanya, bagi satu bendera Palestin untuk dikibar. Bila sampai pintu pagar sekolah, cikgu yang jaga di pintu dah minta buka semula ikatan, dan bendera perlu disimpang dalam beg dan tak benarkan kibarkan sepanjang berada di sekolah, hairan saya,” kata Nur Masitah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI