fbpx

Kepantasan bomba selamatkan lapan sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa yang disyaki sesak nafas dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

KLANG – Tindakan pantas pihak bomba berjaya memadam kebakaran dan membawa keluar lapan sekeluarga berjaya mengelak sebarang insiden menyayat hati di Solok Kelicap di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari ini, kesemua mangsa yang diselamatkan melibatkan lima kanak-kanak dan tiga dewasa berusia dua hingga 30 tahun.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, seramai 18 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.06 tengah hari sebelum tiba 10 minit kemudian.

Katanya, kesemua anggota terlibat adalah dari BBP Kapar dibantu BBP Kota Raja, BBP Andalas dan BBP Pelabuhan Klang.

“Kebakaran melibatkan bahagian garaj dan ruang tamu tersebut berjaya dikawal pukul 1.37 petang sebelum membawa keluar mangsa menggunakan pintu belakang.

“Sewaktu kejadian semua mangsa berada di tingkat dua rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, tiada sebarang kecederaan serius kecuali seorang telah dihantar ke hospital berikutan sesak nafas.

Jelas Norazam, kebakaran tersebut memusnahkan 40 peratus rumah tersebut dengan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihaknya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI