fbpx

59 dicekup berhibur sambil ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menahan 59 individu selepas didapati positif dadah dalam operasi di sebuah pusat hiburan di sekitar Melaka Raya, semalam.

MELAKA – Seramai 59 individu dicekup selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di kawasan Melaka Raya, di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua yang ditahan berusia antara 20 sehingga 50 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan telah dibuat oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

“Bertindak atas maklumat orang awam, satu serbuan telah dilakukan di pusat hiburan tersebut dan seramai 108 individu telah diperiksa.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan mendapati 30 daripada pengunjung lelaki dan 29 wanita positif dadah jenis ketamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua individu terlibat ditahan dan direman selama empat hari sehingga 2 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI