fbpx

Israel langkah garisan merah – Teheran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA orang mengalihkan sisa runtuhan bangunan akibat serangan tentera Israel di Bandar Gaza, kelmarin. - Foto AFP

TEHERAN  – Presiden Iran, Ebrahim Raisi memberi amaran bahawa Israel melangkah garisan merah yang akan memaksa semua pihak untuk mengambil tindakan ke atas Rejim Zionis, lapor portal berita The Palestine Chronicle semalam.

“Kejahatan Rejim Zionis melampaui batas yang akan memaksa semua orang untuk bertindak. Washington meminta kami  (Paksi Penentangan) berdiam diri tetapi mereka meneruskan  sokongan meluas kepada Israel,” kata Raisi dalam satu kenyataan di laman X.

Paksi Penentangan ialah istilah yang digunakan di Asia Barat untuk merujuk tentangan terhadap penjajah Israel dan campur tangan tentera AS. 

Iran, Hizbollah, Hamas, Jihad Islam dan kumpulan lain termasuk dalam paksi tersebut.

Terdahulu, Raisi berkata dalam temu bual bersama stesen televisyen Al-Jazeera bahawa Iran tidak akan mengendahkan amaran AS berhubung campur tangannya dalam konflik Israel-Palestin.

Lebih 8,000 penduduk Palestin terkorban di Gaza dan lebih 20,000  lagi cedera selepas Israel melancarkan serangan balas di Gaza sejak 7 Oktober lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI