LONDON – Bekas pemain tengah antarabangsa England, Danny Drinkwater telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional hari ini.
Pemenang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Leicester City kemudiannya berpindah ke Chelsea, namun hanya memainkan peranan yang sedikit.
Jadi, beliau telah memutuskan untuk menggantung butnya kerana terlalu lama berada dalam keadaan terawang-awangan berikutan dilepaskan oleh kelab The Blues pada Julai tahun lepas.
Pemain berusia 33 tahun itu memberitahu, dia hanya ingin mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional.
“Ia mungkin sudah lama datang, terutamanya dengan apa yang berlaku tahun lepas tetapi saya fikir sudah tiba masanya untuk mengumumkannya secara rasmi sekarang.
“Saya tidak fikir ia akan menggangu saya tetapi untuk mengatakannya hampir mencalar sedikir saraf kamu,” kata Drinkwater. KOSMO! ONLINE