fbpx

Senator Amerika minta Antonio Guterres letak jawatan kerana anti-Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUTERRES - Foto AFP

NEW YORK  – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres digesa meletakkan jawatan kerana PBB dituduh bersikap anti-Yahudi, lapor portal berita Fox News semalam.

“Sudah tentu, (Guterres) perlu meletak  jawatan. Banyak aspek PBB, seperti Majlis Hak Asasi Manusia dan UNRWA (Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB) bersifat sama ada anti-Yahudi atau melindungi ‘keganasan’ atau kedua-duanya sekali. 

“Tingkah laku setiausaha agung itu minggu ini (minggu lalu) memalukan walaupun mengikut piawaian PBB.” kata wakil rakyat Amerika Syarikat (AS), Senator Ted Cruz daripada Parti Republikan yang mewakili negeri Texas.

Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan pada Selasa lalu menggesa Guterres meletak  jawatan kerana beliau merasionalkan pembunuhan 1,400 penduduk termasuk rakyat AS pada 7 Oktober lalu oleh Hamas.

Ia adalah disebabkan oleh Guterres menyatakan bahawa serangan Hamas tidak berlaku tanpa sebab dan sejarah menunjukkan  penduduk Palestin telah hidup selama 56 tahun dalam penjajahan Israel. 

Erdan turut menganggap kenyataan Setiausaha Agung PBB itu palsu dan fitnah.

Bagaimanapun, Guterres menjawab kritikan terhadapnya dengan berkata: “Saya terkejut dengan salah tanggapan oleh kenyataan saya dalam  Majlis Keselamatan. Seolah-olah saya membenarkan tindakan (yang dilakukan) oleh Hamas. Ini palsu. Ia adalah sebaliknya.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI