fbpx

HRD Corp, 10 pemain industri bekerjasama tingkat pembangunan modal insan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan mencuba Mixed Reality pada Majlis Pelancaran NHCCE 2023, sambil diperhatikan oleh Sivakumar (dua dari kiri) dan Shahrul (dua dari kanan) di MITEC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menjalin perkongsian serta inisiatif kerjasama dengan 10 pemain industri tempatan dan antarabangsa menerusi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berhubung pembangunan modal insan.

Pemain industri yang terlibat melibatkan Harvard Business Publishing, Udemy, CoachHub, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei Trust, Menteri Besar Selangor Incorporated dan Pusat Keunggulan Teknologi Sarawak.

Seterusnya, Institut Piawaian Sumber Manusia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Universiti Cyberjaya, dan Asia Pacific University of Technology & Innovation.

Pertukaran MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood bersama wakil-wakil pemain industri serta disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pada National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Terdahulu, NHCCE 2023 dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’aya­tuddin Al-Mustafa Billah Shah serta diadakan dua hari sehingga esok, serta dihadiri kira-kira 4,000 pengunjung selain 30 ahli panel dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Sivakumar berkata, pertukaran MoU tersebut adalah langkah kerjasama erat antara HRD Corp dan pemain taruh selain memastikan latihan yang ditaja adalah seiring mengikut perubahan semasa.

“Dalam titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ada menyatakan mengenai sasaran untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2030, dan ketika ini kita mencapai 27 peratus tenaga kerja mahir.

“Jadi kita tidak ada masa lama dan peranan semua agensi diperlukan untuk memastikan kita mencapai hasrat tersebut. Semua agensi di bawah jabatan dan kementerian juga perlu memastikan supaya berada di landasan yang betul sekali gus tidak ada salah padanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI