fbpx

Malaysia – Singapura sepakat perkukuh hubungan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Shanmugaratnam bersama delegasi Malaysia di Singapura, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan sepakat menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen berkenaan antaranya memfokuskan sektor ekonomi.

“Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam turut menzahirkan maklum balas positif terhadap langkah progresif negara.

“Ia meliputi langkah menangani kesenjangan ekonomi dalam kalangan rakyat terutamanya menerusi pengumuman dalam Belanjawan 2024,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu beliau memaklumkan, lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura hari ini, dimulakan dengan mengadakan kunjungan hormat kepada Shanmugaratnam bersama delegasi Malaysia.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai Presiden Singapura Ke-9, bulan lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI