fbpx

Along didenda RM3,000 beri pinjam wang tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chun Wai, 27, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran di Mahkamah Majistret Tampin, hari ini

TAMPIN – Seorang lelaki didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku salah memberi pinjaman wang tanpa lesen dalam kejadian di Gemas, bulan lalu.

Tertuduh, Goh Chun Wai, 27, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Majistret kemudiannya turut menetapkan 10 Bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, pada 7 September lalu, kira-kira pukul 5 petang, bertempat di sebuah rumah di Felda Jelai 3, Gemas, tertuduh didapati membantu pemberi pinjam wang dengan melanggar sub seksyen 5(1), Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951.

Mengikut fakta kes, pada tarikh, masa dan lokasi yang sama, pengadu telah berminat dengan iklan pinjaman wang dan telah berurusan dengan individu dikenali dengan Nama Gai dalam aplikasi whatsApp.

Pengadu kemudian gagal membuat pembayaran balik pinjaman dan telah menerima ugutan serta amaran supaya membuat pembayaran balik pinjaman jika tidak mahu ahli keluarga diapa-apakan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh tidak berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menjalankan aktiviti pinjam wang dan tertuduh didapati terlibat dalam menjalankan aktiviti pinjam wang tanpa lesen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh diwakili peguam Mona Lubon Ashraff Al-Hirzan & Associates. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI