fbpx

Didik pelajar nilai empati sepanjang Minggu Solidariti Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara murid yang menyatakan sokongan pada Sambutan Minggu Solidariti Palestin di SMK Putrajaya Presint 5 (1), hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sambutan Minggu Solidariti Palestin disambut meriah dengan suasana harmoni dan berhemah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1), di sini.

Kira-kira 1,311 murid berhimpun bersama pada perhimpunan pagi dengan mengikuti pelbagai aktiviti dianjurkan bersama warga sekolah dan guru-guru.

Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Putrajaya Presint 5 (1), Adura Mohamed berkata, program seumpama ini dilihat mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid selain menghargai nikmat keamanan serta kedamaian yang diperolehi di negara ini.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu cakna dan empati dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin dan seharusnya kita bersyukur dengan situasi aman dan damai di negara kita,” katanya di sini, hari ini.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang minggu ini bertemakan ‘Save Palestin, Save Al-Aqsa’ antaranya persembahan nasyid, tayangan video dan penayangan rakaman video ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program Himpunan Malaysia Bersama Palestin, minggu lalu.

Selain itu, murid bersama guru turut mengadakan solat hajat dan pertandingan melukis dan mewarna poster Solidariti Palestin.

Pada Jumaat lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin melibatkan institusi pendidikan dibawah kementerian berkenaan bermula hari ini hingga 3 November depan.

KPM berkata, pelaksanaan minggu tersebut sebagai tanda menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Katanya, program tersebut dilaksanakan di sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI