fbpx

24 isu ketirisan dan kehilangan wang awam dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 isu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan dikenal pasti dalam tujuh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi tempoh 2020 hingga 2021.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, isu-isu membabitkan pengauditan di peringkat Persekutuan dan negeri tersebut dikategorikan sebagai isu punitif.

“Isu-isu ini melibatkan ketirisan yang meliputi kehilangan wang awam serta pembaziran yang serius sama ada telah selesai diambil tindakan atau masih dalam tindakan dan siasatan lanjut oleh agensi penguat kuasa atau agensi pusat berkenaan.

“Isu-isu yang dibangkitkan melibatkan kelemahan pengurusan kontrak, pengurusan perolehan, pengurusan program projek dan kelemahan pengurusan wang zakat serta tidak kepatuhan terhadap peraturan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Taiping) mengenai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN 2020 dan 2021.

Ramkarpal berkata, sehingga 30 Oktober 2023, sebanyak 12 isu telah selesai disiasat melibatkan dua siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 10 siasatan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kata beliau, berdasarkan siasatan yang telah dilaksanakan sehingga kini, seorang penjawat awam telah dituduh di mahkamah pada 16 April lalu di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24, manakala 25 lagi penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib.

Ujar beliau, sebagai langkah ke hadapan, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah pada 6 Julai 2023 memutuskan supaya laporan LKAN dibentangkan kepada Jemaah Menteri secara berkala dengan format pelaporan baharu yang lebih berstruktur dan terperinci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI