fbpx

67 juta rakyat Filipina keluar mengundi pilih ketua kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI beratur di luar sebuah pusat mengundi di Manila hari ini. – AFP

MANILA – Pasukan keselamatan Filipina meningkatkan kewaspadaan ketika berjuta-juta rakyat keluar mengundi untuk memilih ketua kampung hari ini, berikutan  keganasan berkaitan pemilihan berkenaan yang  berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Lebih 336,000 kerusi ahli majlis jawatankuasa kampung dipertandingkan dalam pemilihan  di seluruh Filipina itu yang sudah lama tertangguh, termasuk jawatan berpengaruh sebagai ketua kampung.

Walaupun kampung merupakan unit pentadbiran paling rendah,  jawatan itu hangat dipertandingkan kerana ia digunakan oleh parti-parti  politik untuk menggembleng sokongan akar umbi dan membina pangkalan sokongan dalam menghadapi pilihan raya tempatan dan pilihan raya umum.

Lebih 300,000 anggota  polis dan tentera dikerah untuk mengawal pusat-pusat  mengundi di lebih 42,000 kampung.

Menjelang pengundian hari ini, terdapat 30 insiden keganasan berkaitan pilihan raya tersebut yang disahkan, berbanding 35 pada 2018, kata Polis Nasional  Filipina semalam tanpa memberikan butiran terkini jumlah kematian dan kecederaan.

Dalam satu kejadian pada 23 Oktober lalu, dua calon ahli majlis kampung dan seorang penyokong mereka mati ditembak di Bandar Cotabato di  Pulau Mindanao yang bergolak. Semua mangsa ditembak ketika mereka menggantung poster kempen pilihan raya, kata polis.

Dalam pada itu, lebih 67 juta orang layak untuk mengundi pada pemilihan kali ini.

Pengundi akan memilih ketua kampung dan tujuh ahli majlis yang bertanggungjawab melaksanakan dasar kerajaan, menyelesaikan perbalahan kecil dan menyediakan perkhidmatan awam asas. – AFP 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI