fbpx

KJ ada potensi jadi pemimpin masa hadapan -TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika sesi podcast Keluar Sekejap yang disiarkan di platform YouTube.

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor adalah kerana potensi yang ada padanya.

Titah Tunku Ismail, pelantikan itu juga dibuat supaya Khaiy atau lebih mesra dipanggil KJ itu sentiasa kekal relevan dalam apa jua platform bersama rakyat.

“Ini cara saya untuk menunjukkan sokongan, dan saya juga tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan oleh parti tersebut (memecat KJ).

“Kita memerlukan orang yang ‘bagus’ untuk memimpin negara terutamanya dalam keadaan sekarang. Ini adalah sebahagian daripada sokongan saya,”titahnya.

Titah Tunku Ismail lagi, baginda dengan Khairy mempunyai talian persahabatan yang erat terutamanya kerana masing-masing adalah askar.

“Prinsip saya, apabila berkawan saya tidak akan tinggal individu di belakang saya.

“Apabila anda berkawan dengan saya, jika anda dalam kesusahan saya akan berada bersama anda. Itu saya punya sikap.

“Dalam apa jua keadaan sama ada baik atau buruk, anda tetap kawan saya dan itu adalah cara saya,”titahnya.

Februari lalu, media melaporkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkembangan itu dimaklumkan kelab berkenan dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers.-KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI