fbpx

Macam ada bayangan, Zamani okey tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN penyanyi Zamani pada konsert keenam All Stars Gegar Vaganza (GV10) menerima komen kurang baik.

SHAH ALAM – Persembahan penyanyi Zamani mendendangkan lagu Kau Pergi Jua pada konsert keenam All Stars Gegar Vaganza (GV10) meraih pelbagai komen netizen.

Menyanyikan lagu milik Adam Ahmad, Zamani menerima komen kurang baik daripada juri tetap, Datuk Syafinaz yang menyifatkan dirinya kurang energi.

“Soalan saya malam ini, awak okey? Saya rasa ada sedikit kesukaran dalam nyanyian awak.

“Malam ini ada isu dengan penafasan dan nampak sukar nak kekalkan nada tinggi

“Masalah stamina juga, perlukan tenaga yang lebih ya,” komen Syafinaz.

Syafinaz juga meminta vokalis kumpulan Slam itu agar tidak menghiraukan komen netizen yang mahu mendengar suara Zamani dalam versi lain.

“Saya rasa inilah keistimewaan Zamani, suaranya.

“Tidak perlu dengar apa orang lain cakap,” katanya lagi.

Sementara itu, Zamani mengakui kesukaran lagu tersebut yang menuntut teknik penafasan daripadanya.

“Lagu ini perlukan nafas yang panjang dan saya kena fokus di situ,” jawabnya ringkas.

Menjengah komen-komen dalam media sosial, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Syafinaz, malah mula menjangka Zamani antara peserta berisiko tersingkir minggu ini.

“Zamani nampak ‘shaking’ sangat atas pentas.

“Macam ada bayangan Zamani ‘pergi jua’ malam ini,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI