NEW DELHI – India menetapkan harga eksport minimum bagi setiap tan bawang sebanyak AS$800 (RM3,822) mulai hari ini sehingga 31 Disember depan, lapor akhbar Times of India semalam.
Keputusan itu dibuat hampir dua bulan selepas kerajaan melaksanakan duti sebanyak 40 peratus ke atas eksport bawang yang menghadapi tentangan hebat daripada para peniaga.
Bagaimanapun, tujuan harga eksport itu dinaikkan adalah bagi menyemak penghantaran keluar barangan dapur utama, memastikan bekalan bawang mencukupi bagi pasaran domestik serta membendung kenaikan harga.
Namun sumber berkata, duti eksport tidak terbukti menjadi penghalang kepada para peniaga untuk menghantar bawang ke luar negara.
“Kita perhatikan eksport bawang walaupun selepas dikenakan duti pada Ogos lalu adalah sama seperti tahun lepas. Ini kerana harga bawang di luar negara masih tinggi,” kata seorang pegawai. – AGENSI