fbpx

Konflik Palestin-Israel: Israel penjenayah perang – Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERDOGAN (kanan) dan isterinya, Emine Erdogan melambaikan tangan ketika Perhimpunan Terbesar Palestin di Istanbul semalam. - Foto AA

ISTANBUL- Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa negaranya sedang bersiap sedia untuk mendedahkan kepada dunia bahawa Israel sebenarnya penjenayah perang, lapor laman berita TRT World semalam.

Beliau berkata demikian ketika beribu-ribu orang berhimpun dalam solidariti dengan penduduk Palestin pada Perhimpunan Terbesar Palestin yang diadakan di Istanbul semalam.

“Memandangkan kami akan melaungkan kepada seluruh dunia mengenai kegembiraan pada ulang tahun ke-100 penubuhan republik ini esok (hari ini), kami menyuarakan rasa sakit untuk Gaza hari ini (semalam),” kata Erdogan ketika berucap pada perhimpunan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.

Pemandangan dari lapangan terbang itu menunjukkan pelbagai lapisan masyarakat turut membawa bendera Palestin dengan ada yang mengikat selendang kepala dengan tulisan berbunyi: “Kami semua penduduk Palestin. Tamatkan pembunuhan beramai-ramai, biarkan kanak-kanak hidup.”

Pada perhimpunan itu juga, Erdogan mengambil kesempatan untuk menjelaskan tentang latar belakang orang Yahudi yang sampai di Israel dan kemudian menjajah Gaza.

“Apa itu Gaza, Palestin pada tahun 1947? Apa ada pada hari ini? Israel, bagaimana anda sampai ke sini? Bagaimanakah anda masuk? Anda ialah penjajah, anda adalah sebuah organisasi,” katanya.

Erdogan berkata, pembunuhan beramai-ramai yang keji sedang dilakukan di Gaza dan beliau sekali lagi mempersoalkan berapa ramai lagi kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak berdosa perlu terkorban sebelum satu gencatan senjata diisytiharkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI