fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis kerah lebih ramai tentera darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang cedera mendukung bayi selepas pengeboman askar Israel di Rafah, selatan Gaza semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Tentera Israel meningkatkan bilangan anggotanya yang bertempur di Semenanjung Gaza, kata jurucakap askar Zionis hari ini ketika pasukannya memperluas skala peperangan dengan Hamas.

“Bagi sepanjang malam, kami meningkatkan kemasukan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

“Mereka menyertai anggota yang sudah sedia bertempur di situ,” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam taklimat yang disiarkan di televisyen.

Pada petang kelmarin, tentera berperisai dan infantri Israel mula beroperasi dalam Gaza, dalam apa yang disebut oleh Menteri Pertahanan, Yoav Gallant sebagai ‘fasa baharu’ perang terhadap Hamas.

Tentera Israel telah melakukan beberapa pencerobohan darat berskala lebih kecil di dalam Gaza sebelum ini, namun yang sekarang merupakan kehadiran paling lama di wilayah tersebut sejak keganasan meletus pada 7 Oktober.

“Kami secara beransur-ansur mengembangkan aktiviti darat dan bilangan anggota di Semenanjung Gaza,” kata Hagari. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI