PETALING JAYA – Hampir seluruh negeri diramal dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataannya di Facebook berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Ribut petir dijangka berlaku di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.
“Turut terlibat keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Melaka.
Selain itu menurut kenyataan tersebut, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah turut menerima cuaca buruk sama.
“Cuaca buruk sama juga diramal berlaku di Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Sementara di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).
“Di Sabah pula hujan lebat di Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE