fbpx

Konflik Palestin-Israel: PasRelief sumbang diesel untuk hidupkan generator di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang membawa bekalan diesel sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu menghidupkan generator di hospital sekitar Gaza.

PETALING JAYA – Bagi memastikan generator dapat dihidupkan bagi membekalkan tenaga elektrik di Hospital Europe, Gaza City, Palestin, PasRelief tampil menghulurkan sumbangan bekalan diesel.

Menerusi satu kenyataan, PasRelief berkata, langkah tersebut diambil kemudahan awam terus menjadi sasaran, malah bekalan elektrik juga telah diputuskan sehingga menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.

Jelasnya, ketika ini penduduk Palestin terpaksa menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik, bagaimanapun mereka memerlukan bahan bakar seperti diesel.

“Ketika kerja-kerja penyaluran bantuan bekalan diesel dilaksanakan, petugas terdedah kepada sasaran bedilan rejim zionis kerana dianggap membekal bahan bakar kepada pejuang.

“Hakikatnya petugas sedang menyelamat ribuan nyawa yang kritikal untuk mendapatkan rawatan di hospital,”katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, PasRelief berkata, keadaan di Gaza ketika ini ibarat antara hidup dan mati.

Ujarnya, kehabisan bekalan elektrik di hospital boleh menyebabkan ancaman nyawa kepada pesakit yang kian meningkat terutamanya kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas.

“Serangan demi serangan, sekatan demi sekatan terhadap rakyat Palestin, tidak akan mematahkan usaha malah PasRelief akan terus giat membantu mereka.

“Justeru PasRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut menyumbang buat mangsa perang di Palestin,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI