fbpx

Lebih banyak sawah padi skala besar ala Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMART SBB Ala Sekinchan kini sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.

BESUT – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang memperkasakan pelaksanaan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan dalam skala lebih besar di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia sebahagian daripada proses intervensi yang sedang dilakukan untuk mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi bagi menjamin bekalan makanan tempatan sentiasa mencukupi.

Beliau, berkata, program tersebut juga bertujuan memastikan tidak akan berulang lagi gangguan bekalan beras ekoran global yang sedang melanda di seluruh negara ketika ini.

“Pelaksanaannya melibatkan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak agar dapat menampung keperluan wilayah itu yang masih agak rendah pada masa ini.

“Begitupun, kita yakin pengeluaran beras di Sabah dan Sarawak bukan sahaja boleh menampung keperluan dalam negeri seterusnya membekalkan beras untuk negeri-negeri lain dengan pelan strategik telah dirancang,” katanya di Kampung Gerai, Jertih di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program Santai Agro Madani: Penuaian Smart Sawah Berskala Besar (SMARTSBB) Ala Sekinchan IADA Ketara-Bernas.

Pada ketika ini, seramai 22 orang pesawah terlibat dalam projek rintis SMART SBB Ala Sekinchan IADA Ketara-Bernas di Kampung Gerai.

Mohamad berkata, SMART SBB Ala Sekinchan sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar sejak penghujung tahun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI