fbpx

Konflik Palestin-Israel: Internet di Gaza semakin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin melihat runtuhan sebuah bangunan akibat dibom tentera Israel di Rafah, Gaza, Sabtu lalu. - Foto AFP

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan capaian internet di kawasan bergolak di Semenanjung Gaza, Palestin kini semakin pulih.

Perkara itu dikongsi Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

“Alhamdulillah khabarnya internet beransur pulih di Gaza ketika ini,”tulisnya.

Terdahulu media melaporkan, capaian internet dan komunikasi di sebahagian besar kawasan di Genting Gaza terputus sama sekali ketika Israel memperhebatkan pengebomannya sebelum ini.

Menurut pembekal telekomunikasi Palestin, Jawwal menerusi catatan di media sosial memaklumkan bahawa terdapat gangguan sepenuhnya pada semua perkhidmatan komunikasi dan internet di Genting Gaza berikutan pencerobohan yang berterusan yang dikatakan telah memotong “laluan antarabangsa terakhir” yang menghubungkan Gaza ke dunia luar.

“Kami tidak mempunyai sebarang sambungan internet, kami tidak mempunyai sebarang jenis isyarat pada telefon kami, kami telah menjadi terpencil sepenuhnya di wilayah itu,” kata Tareq Abu Azzoum, wartawan Al Jazeera.

Sebelum ini, Israel mengesahkan serangan terbaharu di Gaza dengan jurucakap pasukan Pertahanan Israel (IDF), Israel Daniel Hagari berkata Israel telah meningkatkan serangan udara tentera daratnya dan telah mengembangkan aktiviti di Gaza.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan di Facebook, dia turut berkongsi kejayaan #IsraelLahabau.

Menurutnya, tanda pagar itu kini mula trending dalam kalangan pengguna media sosial.

“Nampaknya hashtag #IsraelLahabau yang saya hadiahkan di himpunan tadi semakin trending. Makluman hahstag ini hanya untuk orang Melaka saja gunakan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI