fbpx

239 mangsa masih ditempatkan di 3 PPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengharungi air banjir di jalan utama Kampung Tebing Tinggi, Selama semalam. Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seramai 239 orang daripada 86 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini akibat banjir setakat pukul 9.30 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak berkata, mangsa paling ramai iaitu sebanyak 152 orang masih kekal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman, Bagan Serai sejak ia dibuka pada 11 pagi Jumaat lalu.

“Seramai 45 orang masih berada di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai sejak 5 petang semalam.

“Satu lagi PPS iaitu di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim masih menampung 42 orang mangsa banjir sejak ia dibuka pada 10 pagi Jumaat lalu,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI