fbpx

14 lagi Pusat Ekonomi Digital akan didirikan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Sebanyak 14 lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal didirikan di Sabah menjadikan jumlah keseluruhannya 132 buah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebooknya tadi memaklumkan, penambahan tersebut akan didirikan dalam masa terdekat agar kemudahan yang disediakan terutama Wifi Komuniti dapat dinikmati oleh penduduk negeri itu.

“Dari Kampung Langsat, saya kemudiannya ke Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital di PEDi Kampung Lohan, Ranau, Sabah.

“Dalam ucapan, saya memaklumkan buat masa ini, sebanyak 118 PEDi telah dibina di Sabah. Namun, bagi merealisasikan inisiatif 1 DUN 1 PEDi, 14 lagi PEDi akan didirikan dalam masa terdekat.

“Di kesempatan tadi, saya turut melawat semua booth usahawan yang menjual pelbagai produk dan mendengar sendiri bagaimana perniagaan mereka berkembang melalui PEDi,” katanya.

Terdahulu, Fahmi berkesempatan meninjau beberapa kawasan di Sabah yang menerima kemudahan perkhidmatan internet satelit seperti Starlink bagi mendapat capaian internet yang bagus.

“Pagi tadi saya periksa sendiri kelajuan Starlink di Kampung Langsat, Ranau. Sebelum ini, langsung tiada talian internet atau telekomunikasi di kawasan ini.

“Alhamdulillah dengan pemasangan Starlink dua bulan lepas, lebih 500 penduduk di kawasan setempat mendapat manfaat. Saya telah memaklumkan kepada penduduk bahawa pemasangan Starlink ini hanyalah langkah interim.

“Sekarang kita sedang dalam fasa penyediaan tapak dan insya-Allah pemasangan internet dan telekomunikasi di kawasan ini dijangka selesai menjelang suku ketiga 2024,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI