fbpx

Bintang Friends, Matthew Perry meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATTHEW PERRY ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi di kediamannya.

BINTANG sitkom popular Friends, Matthew Perry disahkan meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Pihak berkuasa melaporkan aktor berusia 54 itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandian di rumahnya.

Laporan agensi menyebut tiada bahan terlarang ditemui atau sebarang perkara yang mencurigakan berlaku di tempat kejadian.

Jurucakap Polis Los Angeles melaporkan, menerima panggilan telefon mengenai kematian seorang lelaki berusia 50-an, namun pemanggil tidak menyatakan identiti mangsa.

“Polis mengesahkan kematian Perry tiada kaitan dengan unsur jenayah.

“Panggilan dibuat mengatakan penghuni rumah itu mengalami serangan jantung,” lapor kenyataan tersebut.

Perry terkenal dengan watak Chandler Bing dalam siri Friends yang berlanjutan selama 10 musim dari tahun 1994 hingga 2004.

Populariti Chandler membawa Perry tercalon sebagai Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Anugerah Emmy 2002.

Sebelum ini, Perry dilaporkan pernah menghadapi masalah ketagihan arak dan dadah hingga menjalani program
pemulihan sebanyak 17 kali.

Program pemulihan kali pertama yang dijalani adalah pada 1997 akibat ketagihan ubat tahan sakit selepas terbabit dalam kemalangan jetski.

Perry juga pernah membuat pengakuan berjuang selama bertahun-tahun bagi mengikis ketagihan terhadap ubat penahan sakit dan alkohol.

Dalam temu bual bersama media pada 2016, Perry memberitahu tidak dapat mengingati momen penggambaran tiga musim siri Friends.

Ketika perjumpaan semula pelakon Friends yang disiarkan televisyen baru-baru ini, dia mengejutkan rakan lain apabila mendedahkan mengalami kerisauan melampau setiap malam sepanjang penggambaran.

Selain Friends, Perry yang aktif berlakon sejak tahun 1979 turut muncul dalam filem Fools Rush In, Three To Tango, The Whole Nine Yards, 17 Again dan Birds of Amerika. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI