fbpx

Mafela, bendera Palestin laku keras banyak ‘sold out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat kanak-kanak memegang bendera Palestin sempena jualan amal di Kedai Amal Aman Palestin di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada 19 Oktober lalu. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

PETALING JAYA – Tahap kesedaran tinggi bersolidariti, menjadi punca barangan berlogo Palestin seperti mafela dan bendera diburu ramai.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai yang membuat hantaran mencari penjual barangan berkenaan terutamanya di kumpulan-kumpulan Facebook.

Malah tidak kurang juga ibu bapa yang mencari penjualnya, demi menjayakan program anak-anak di sekolah.

Rata-rata ia dijual dengan harga sekitar RM10 hingga RM25, bergantung kepada saiz dan material yang digunakan.

“Minta tolong, nak tanya kat mana jual bendera Palestin, mafela dan segala barangan Palestin?,” soal Shatifah Fakhrudin di kumpulan Facebook Warga Saujana Utama.

“Boleh tahu kawasan mana jual mafela, baju Palestin? Yang boleh dapat sebelum Ahad ni,” tulis Nadia Shuib di kumpulan Facebook Shah Alam.

“Anak-anak esok bawa plakad je. Bendera Palestine ‘sold out’ (habis dijual),” ujar Isfaizul Ideris.

Dalam masa sama, ada juga yang memutuskan untuk menjahit sendiri bendera Palestin berikutan sukar untuk mendapatkannya.

“Hujung minggu ada solidariti di Kuantan dan banyak bendera Palestin ‘sold out’. Ibu pun selongkar kotak harta karun, mujur ada kain. Siap mafela dan bendera untuk anak-anak bawa ke sekolah esok,” kongsi Ina CikMid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI