fbpx

Ibu bapa bintang Liverpool diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU dan bapa Luiz Diaz dilaporkan di culik di tanah air mereka di Colombia selepas menonton perlawananan bola sepak.

LONDON – Bintang Liverpool, Luis Diaz cemas apabila ibu dan bapanya dilaporkan diculik di tanah air mereka di Colombia, dengan ibunya berjaya diselamatkan, namun bapanya masih hilang.

Menurut laporan tempatan, ibu dan bapa pemain The Reds itu dihalang ketika berada dalam sebuah kenderaan mereka oleh penyerang di bandar Barrancas, La Guajira iaitu bandar di mana Diaz dibesarkan.

Kumpulan penculik yang disyaki tersebut kemudian mengarahkan van yang dinaiki oleh ibu dan bapa Diaz berhenti sebelum mereka melarikan diri dari tempat kejadian tidak lama kemudian.

Menurut media Semana, Pengarah Polis Negara, Gaula Kolonel Geovanni Cristancho sedang dalam perjalanan ke wilayah utara untuk mengetuai usaha mencari dan menyelamat bapa Diaz.

Terdapat laporan bercanggah yang menyatakan kemungkinan ibu dan bapa Diaz dipaksa masuk ke dalam van semasa menonton perlawanan bola sepak dan ia boleh merumitkan lagi siasatan.

Kedua-dua perkhidmatan beruniform iaitu tentera dan polis bekerjasama di rantau tersebut untuk membantu mengenal pasti mangsa.
Pejabat Peguam Negara Colombi turut segara bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan yang dikongsikan ke laman X (dahulunya Twitter).

Sementara itu, menurut Blu Radio Colombia yang berkongsi video di kejiaranan keluarga itu selepas penculikan mendedahkan ibu Diaz yang diculik telah diselamatkan.

Bagaimanapun, bapanya masih dipercayai ditawan oleh lelaki bersenjata.
Terbaharu, Diaz beraksi untuk Liverpool minggu lepas pada aksi derbi Merseyside dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI