fbpx

Gaji cukup makan punca tiada simpanan kecemasan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai mengakui gaji ‘cukup-cukup makan’ menjadi punca mengapa mereka tidak mempunyai duit simpanan walaupun RM1,000.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ada yang mengatakan komitmen bulanan tinggi juga menjadi faktor simpanan sukar dibuat.

Tidak kurang juga menegaskan, bukan separuh, malah hampir seluruh rakyat Malaysia gagal membuat simpanan kecemasan RM1,000.

“Bukan tak nak menyimpan, gaji ngam-ngam cukup makan ja. Gaji ciput kerja over time (lebih masa) kurang, potong itu potong ini,” kata Zakaria Elias.

“Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malam tak ada,” ujar Ramzi Morad.

“Komitmen tinggi bos, gaji cukup-cukup ja,” kongsi Muhamad Hafiz.

“Pembetulan, hampir semua (tidak ada simpanan RM1,000),” komen Nizal Ahmad.

Semalam Kosmo! melaporkan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan, hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan.

Katanya, berdasarkan kaji selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak 2015 juga mendapati satu daripada tiga rakyat kita tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI