fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis lancar serangan darat di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah Semenanjung Gaza hari ini. - AFP

TEL AVIV, Israel — Tentera Israel mengumumkan bahawa pihaknya ‘meluaskan’ pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza malam ini ketika sistem komunikasi dan internet di wilayah Palestin terputus. 

Pengumuman itu dibuat ketika tentera Israel memperhebatkan kempen pengeboman di Gaza untuk memusnahkan infrastruktur yang digunakan oleh pejuang Palestin termasuk Hamas.

Berpuluh-puluh ribu askar Israel berhimpun di sepanjang sempadan Gaza manakala sejak beberapa hari lalu, Israel berulang kali menceroboh Gaza dengan sokongan serangan udara dan bedilan artileri.

“Sebagai kesinambungan kepada serbuan yang kami lakukan sejak beberapa hari lalu, tentera darat meluaskan operasinya malam ini,” kata jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari.

Dalam pada itu, Hamas menuduh Israel sengaja memusnahkan sistem komunikasi dan internet Gaza untuk melakukan kekejaman dan genosid tanpa pengetahuan media dan dunia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI