fbpx

14 sungai di Johor dikategorikan dalam kualiti air sungai paling tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (kiri) membuat tinjauan ke beberapa buah sungai di sekitar Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 14 buah sungai dikategorikan dalam kualiti paling tercemar di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara sungai yang dikategorikan tercemar antaranya ialah Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan serta Sungai Skudai.

“Hari ini, saya telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan beberapa sungai yang tercemar.

“Saya berasa sangat kecewa melihat keadaan sungai yang dipenuhi dengan longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk dari pencemaran bahan kimia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri meminta pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkenaan untuk mengadakan satu ‘task force’.

Ujarnya, task force itu ditubuhkan bagi mewujudkan rangka kerja dalam menangani isu sungai tercemar di Johor ini pada kadar yang segera.

“Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua Bangsa Johor untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri, dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat.

Tambah beliau, dengan adanya kerjasama yang erat daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, sungai-sungai di Johor ini pasti dapat dibersihkan.

“Ini sekaligus dapat merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang tahun 2030,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI