PETALING JAYA – Majlis makan malam tahunan yang diadakan oleh sebuah syarikat di Genting Highlands meriah dengan kemunculan watak filem ‘Landlady’.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok, seorang wanita mendapat perhatian ramai apabila berani tampil memakai kostum watak ‘Landlady’ dalam filem Stephen Chow berjudul ‘Kung Fu Hustle’.
Tidak perlu solekan tebal atau kasut tumit tinggi, tahap keyakinan yang ditunjukkan benar-benar luar biasa dan sangat menghiburkan seluruh dewan.
Rata-rata netizen terhibur dengan reaksi wanita tersebut kerana tingkah laku spontannya yang sama seperti dalam telefilem.
“Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya sama sepenuhnya,” ulas Izzara.
“Berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, nampaknya dia memenangi kostum terbaik malam itu,” tulis Tony Ng.
Perkongsian video itu telah menerima sebanyak 1.5 juta tontonan dan 107.7 ribu tanda suka. – KOSMO! ONLINE