fbpx

Isteri tertekan hidup dengan suami berkira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa buntu apabila tidak tahan lagi perlu hidup bersama suaminya yang sangat berkira.

Menurut perkongsian wanita itu yang tidak mendedahkan identitinya berkata, dia sudah berkahwin lebih lima tahun dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.

Katanya, dia yang sebelum ini bekerja dalam sektor swasta terpaksa berhenti kerja selepas berkahwin kerana suami tidak mengizinkannya untuk bekerja.

“Suami saya bergaji sekitar RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Komitmen yang perlu dia tanggung sebulan ialah perbelanjaan diri sendiri, bil api air unifi dan rumah berjumlah kira-kira RM3,000 dan beberapa perbelanjaan lain.

“Suami hanya bayarkan duit makan saya bila kami keluar makan bersama di luar. Lepas kahwin, tiada wang nafkah untuk saya,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, di awal perkahwinan mereka, dia menggunakan duit simpanan untuk meneruskan komitmen yang ada semasa bujang, bagaimanapun setelah wang itu habis wanita itu terpaksa menjual pencuci mulut secara sorok-sorok untuk menanggung komitmen berkenaan.

Lebih malang lagi, sebaik sahaja mengetahui pendapatannya, suaminya itu sering meminta dia membeli dahulu barang dapur dan membuat tuntutan kemudian.

“Tapi yang saya tak boleh tuntut ialah bil eletrik, bil penapis air sebab dia kata saya guna paling banyak untuk buat kuih. Selain itu, duit makan juga tidak boleh tuntut kerana menurut dia saya sudah bekerja, jadi makan tanggung sendiri.

“Yuran sekolah anak pun suami berkira dan minta saya guna duit simpanan saya sendiri,” katanya.

Menurut wanita itu, dia sudah lama berniat untuk bercerai secara baik bagaimanapun suaminya tidak bersetuju dengan alasan anak masih kecil dan malu dengan keluarga serta rakan-rakannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI