PETALING JAYA – Seorang wartawan Palestin, Khaled sempat merakam situasi mamaparkan dirinya dan dua pegawai perubatan sedang diserang oleh sekumpulan tentera Israel di sempadan Gaza.
Rakaman tersebut dimainkan secara langsung menerusi siaran sebuah program televisyen.
Menerusi rakaman yang tular itu, dapat dilihat pada awalnya Khaled memanggil seorang pegawai perubatan yang berada pada jarak 10 meter daripadanya untuk datang berlindung bersama di sebalik dinding bangunan.
Kedengaran juga bunyi tembakan dan bom di sekitar kawasan tersebut.
Malangnya selepas beberapa saat, wartawan terbabit serta dua pegawai perubatan itu maut ditembak tentera Israel.
Dalam pada itu, telefon bimbit yang digunakan untuk merakam situasi tegang tersebut turut terakam jasad Khaled disamping percikan darah di atas tanah.
Terdahulu, media melaporkan rakyat Palestin mengalami gangguan komunikasi secara keseluruhan di Gaza selain berlaku pembunuhan secara besar-besaran sehingga megorbankan ribuan penduduk akibat serangan darat oleh rejim Israel. – KOSMO! ONLINE