fbpx

‘Susah sampai terpaksa makan sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia bahawa rezeki dan musibah silih berganti.

Begitulah perjalanan setiap insan dapat digambarkan di mana kita semua tidak terlepas daripada pelbagai ujian.

Terbaharu, pertanyaan Lisa Hadeeja Adelina di Facebook mendapat perhatian ramai tentang perkongsian situasi paling miskin yang pernah dilalui rakyat Malaysia.

Memandangkan isu ini begitu subjektif, pelbagai pandangan dikongsikan oleh pengguna media sosial.

“Dua tahun tak ada rumah dan tidur di mana-mana sahaja. Sampai terpaksa makan sampah untuk hidup,” kongsi Ahmad Firdaus Abdullah.

“Tiga hari lagi nak gaji tapi duit tinggal RM104. Kirim juga duit ke kampung sebab mak telefon minta duit RM100 nak beli ubat. Tiga hari berbekalkan duit RM4,” tambah Yutt Yutt.

“Rasa sedih bila anak-anak minta apa-apa tapi kita tak dapat nak tunaikan. Pedih rasa hati ini,” komen Wahida Eda.

Sementara itu, Afsyam Putera terpaksa mencari syiling di dalam rumah untuk membeli sebungkus mi segera.

Beliau terpaksa mengikat perut menjadikan rasa lapar sebagai satu cabaran yang perlu dilawan.

Perkongsian itu disifatkan sudah cukup untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk bersyukur walaupun sekecil-kecil nikmat yang mereka perolehi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI