SEBERANG JAYA – Jenazah pelakon senior, Badrul Muhayat, 55, dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan menaiki kenderaan polis, sebentar tadi.
Jenazah dibawa dari inap desa di Taman Pauh Jaya di sini, kira-kira pukul 2.50 petang sebelum pihak hospital memutuskan sama ada proses bedah siasat akan dijalankan atau sebaliknya.
Difahamkan, jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Jalan Baru dan dijangka di dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan berita kematian pelakon senior, Badrul Muhayat, pagi tadi yang dikongsikan rakan pelakon, Anne Abdullah menerusi Facebook miliknya. -KOSMO! ONLINE