fbpx

PRK Parlimen Kemaman: Jangan buka pusat pengundian di PPS mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak membuka pusat pengundian pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Parlimen Kemaman 2 Disember depan di sekolah-sekolah yang sudah digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir pada musim tengkujuh.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi memastikan kelancaran proses pengundian sekiranya berlaku banjir di daerah Kemaman pada hari tersebut.

“Begitupun, saya percaya SPR sudah mempunyai kaedah bagi menangani isu tersebut (pertindihan pusat pengundian dan PPS) sekiranya berlaku banjir.

“Walaupun mungkin terdapat kekangan, saya percaya ia sudah diambil kira oleh SPR,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu.

SPR pada 17 Oktober lalu menetapkan hari penamaan calon PRK Parlimen Kemaman pada 18 November depan, hari pengundian awal (28 November) manakala hari pengundian (2 Disember).

Sebanyak 53 pusat pengundian dengan 248 saluran telah ditetapkan pada PRK Parlimen Kemaman kelak.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu telah membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dari Pas setelah pihak pempetisyen berjaya membuktikan berlaku perbuatan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI