fbpx

Isteri maut, suami parah dalam kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri maut manakala suami cedera parah selepas dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian tengah malam tadi. FOTO ihsan: PDRM

PETALING JAYA – Pembonceng wanita maut manakala penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer (KM) 18.6 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi.

Katanya, mangsa yang merupakan pasangan suami isteri tersebut menaiki motosikal Yamaha Sport dari Batu Tiga menghala Lembah Subang.

“Siasatan awal mendapati, suami, 76, manakala isterinya, 58, telah dilanggar sebuah kereta sekitar pukul 12.36 tengah malam.

“Kereta terbabit terus melarikan diri selepas insiden itu. Wanita berkenaan maut manakala suaminya dilaporkan mengalami cedera parah.

“Mangsa cedera parah sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membuat laporan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147 bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI