fbpx

Liza Hanim dedah Bad Indigo enggan buat rawatan jantung, simpan KWSP buat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liza Hanim, Allahyarham Bad Indigo.

PETALING JAYA — Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia dan suami, Shahrin Samsudin pernah menasihati Allahyarham Bad Indigo agar melakukan rawatan jantung supaya kondisi kesihatannya lebih terkawal.

Begitupun, pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim itu berkata arwah enggan melakukan rawatan tersebut meskipun mempunyai wang simpanan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP).

Menurutnya, Bad tidak mahu menggunakan KWSP kerana ingin menyimpan untuk masa depan anak-anaknya.

“Pertama kali dia jatuh sakit waktu itu di pejabat, dia nampak lemah sangat, tetapi masih semangat dan hanya berbaring sebelum dibawa ke hospital.

“Bila sampai hospital baru tahu yang sebenarnya dia mempunyai masalah jantung.

“Saya dan suami menasihatkan dia buat stent jantung, tapi dia enggan buat sebab nak simpan duit KWSP untuk anak-anak. Dia tidak mahu usik duit itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, penyanyi berusia 43 tahun itu akan sentiasa mengingati kenangan bersama arwah sepanjang dua dekad mereka berkawan baik.

“Hidup perlu diteruskan, arwah tetap ada dalam hati saya dan suami. Kami yang hidup semua kena kuat.

“Selama mana saya kenal dengan suami saya, selama itu saya kenal dengan arwah. Arwah pun bekerja dengan syarikat saya selama 10 tahun lebih. Saya tahu yang dia sakit,” ujarnya.

Sekitar 100 ahli keluarga serta kenalan mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Badrul Izhan Shahrizan atau Bad Indigo di Tanah Perkuburan Kota Damansara dekat sini, pukul 2.50 petang tadi.

Jenazahnya selamat dikebumikan selepas solat Jumaat, manakala urusan memandikan dan sembahyang jenazah dilaksanakan di Masjid Tun Abdul Aziz di sini.

Ramai rakan artis yang mengiringinya termasuk semua anggota kumpulan Indigo, Liza Hanim sendiri dan bekas isteri Bad, Ashira.

Bad menghembuskan nafas terakhir pukul 7 malam, semalam selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Arwah yang berusia 48 tahun itu, kehilangan kesemua jari kaki kiri seja Mac tahun lalu akibat kencing manis — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI